Thursday 8 December 2011

SINTAKSIS

Bidang Sintaksis adalah satu cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan ayat. Sintaksis bukan saja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum-hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat. Unsur- unsur yang dikaji dalam sintaksis adalah ayat, klausa, dan frasa. 
  • Cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat.
  • Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum-hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat.
  • Ayat ialah binaan yang terdiri daripada unsur ayat, iaitu unit-unit yang membentuk ayat.
  • Contohnya: Ahmad sedang membuat kerja rumah.
  • Contoh ayat di atas terdiri daripada dua bahagian iaitu:  (i) Ahmad sedang dan bahagian (ii) membuat kerja rumah.
  • Bahagian subjek dan predikat, merupakan bahagian utama yang membentuk klausa atau ayat bahasa Melayu. Subjek dan prediket pula mempunyai unsur-unsur, iaitu sama ada frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS).

No comments:

Post a Comment